Sunday 13 March 2011

ISU TEKNOLOGI DAN SEKS



Mayat bayi ditemui dekat pejabat TV3

PETALING JAYA 20 Feb. - Mayat seorang bayi lelaki yang sudah berbau busuk dan dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan di atas batu di tepi Sungai Kayu Ara di Bandar Utama Damansara di sini, hari ini. Bayi malang itu ditemui tidak jauh dari tempat letak kereta persendirian berdekatan stesen televisyen TV3 kira-kira pukul 3.30 petang oleh seorang pemancing yang berada di kawasan tersebut. Ketika ditemui, bayi itu cukup sifat, masih bertali pusat dan dibungkus dengan plastik beg putih beserta dengan uri. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bayi itu dipercayai ditinggalkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. "Berdasarkan keadaan mayat bayi yang telah berbau busuk, polis percaya ia telah mati sebelum ditinggalkan di tepi sungai ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Mayat bayi yang telah matang dan cukup sifat itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Difahamkan, pernah berlaku kes buang bayi tidak jauh dari kawasan itu penghujung tahun lalu. Kes ini, kata beliau, disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran. Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

(sumber: Utusan Malaysia, 21/02/2011)

**************************************************************

ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL? 

Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah.  Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi. 
      Walau bagaimanapun, penyalahgunaan kemudahan teknologi ini bergantung kepada niat atau kehendak diri. Masih ramai lagi anggota masyarakat yang tahu untuk menggunakan teknologi pada perkara yang bermanfaat. Oleh yang demikian, kesedaran diri itu sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi tindakan seseorang. 

22 comments:

Hamba keinsafan said...

Seorang guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru bahasa melayu. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitukcomputer bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada diperlukan oleh guru BM. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyususn organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
Kursus komputer perlu dihadiri oleh guru BM. Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pengajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
Cabaran yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberikan kesan terhadap pengajaran. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara professional.
Masalah pengguaan computer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelejaran. Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yan lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.
Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingan dalam pengajaran. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran semasa perlu diberikan perhatian.

SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
A127887/FSSK

budakbaik said...

Pada hari ini,kemajuan teknologi di negara Malaysia semakin berkembang dari masa ke semasa. Ianya selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyatnya supaya celik IT dan mampu mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian. Namun,perkembangan dunia teknologi ini juga memberi kesan negatif kepada masyarakat kerana ada yang menyalah guna kemudahan yang disediakan. ,ereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan teknologi sebagai medan untuk mereka menjalankan aktiviti-aktivit yang tidak bermoral khususnya isu berkaitan 'Seks'. Ini menyebabkan kesan keruntuhan moral dikalangan masyarakat seterusnya merebak dari individu kepada individu yang lain. Keburukan ini juga akan mendatangkan kesan yang banyak seperti mencemarkan imej negara,pemikiran masyarakat juga rosak,dan sebagainya. Oleh itu,saya mengharapkan supaya kerajaan dapat mengambil perhatian yang serius tentang isu ini. Dengan pencegahan atau tindakan yang bijak daripada pihak berwajib, ia dapat mengurangkan masalah ini. Ia juga dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bertamadun di masa akan datang.

MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
(PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA)
TAHUN 2, SEMESTER 2 SESI 2010/2011
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Fatin said...
This comment has been removed by the author.
ADEEQMANEYS said...

salam Cik Suhaida

saya sangat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Cik Suhaida tadi berkenaan internet dan perkembangan teknologi dalam pendidikan telah pun menyebabkan kadar pembuangan bayi semakin meningkat berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik.Kebanyakan remaja yang aktif menjalankan aktiviti seksual ini adalah masih bersekolah.
Bukan sekolah atau pihak guru yang disalahkan tetapi pengawasan serta kawalan tidak diberikan kepada para pelajar sehingga penggunaan teknologi ini disalahgunakan.

Selain itu, masalah terlalu bergantung kepada teknologi juga menjadi masalah bila pelajar menjadi malas untuk pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan sebaliknya hanya mencari maklumat di dalam internet yang boleh diragui kesahan maklumat itu.

Dengan menggunakan inernet juga boleh berlaku unsur penipuan maklumat atau gangguan terhadap orang ramai.Terdapat pelajar yang menganggu guru dengan menggunakan bahan internet sebagai tempat melepaskan marah kepada guru tersebut. Begitu juga dengan penipuan atau peniruan maklumat di dalam internet ketika membuat tugasan.

Jadi, penggunaan internet dalam pendidikan bukanlah perlu dilihat dari sudut kebaikannya sahaja, malah penting juga untuk melihat kesan dan akibat buruk kepada pelajar itu sendiri.

NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
A129848
PEMBANGUNAN MANUSIA,FSSK
TAHUN 2 SEM 2 SESI 2010/2011
TUTORIAL SELASA 8-10 PM,
MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN

Ny said...
This comment has been removed by the author.
Ny said...

Salam Suhaida,

Satu isu yang menarik untuk dikupas. Tulisan ini telah membuka mata saya akan kesan teknologi terhadap moraliti remaja.

Saya sendiri sangat sedih melihat remaja ISLAM bangga menayangkan aurat untuk tontonan umum di FB. Lebih sedih melihat aksi-aksi bebas mereka bersama teman di kelab-kelab malam sambil memegang botol air syaitan. Pelik sungguh.
Bangga mungkin beraksi sebegitu.

Mereka yang tak pernah pergi ke kelab malam mungkin teringin untuk pergi setelah melihat gambar-gambar rakan mereka yang pergi. Yang tak pernah minum air syaitan pun mungkin teringin untuk minum. Biasalah, nama pun manusia..

Nasihat saya, gunalah saluran internet sebaik mungkin. Ingatlah semua tindakan kita, baik di alam realiti mahu pun di alam maya akan dihisab. Jangan sebab gambar kita di FB, menyekat kita untuk masuk Syurga..

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin

MASTURA BINTI NASRUN SANI
A127641
FSSK/2
SEMESTER 2, 20101/2011

Farida said...

saya setuju dengan saudari mastura :D

YA, memang 90% internet meyumbang kepada perlakuan tidak senonoh remaja sekarang kerana lebih banyak bahan di internet boleh diakses begitu sahaja oleh remaja kita yang kononya mahu mencari maklumat tetapi terpesong pula dengan maklumat tersebut. Pada pandangan saya, ibu bapa harus lebih peka dengan proses sosialisasi anak mereka kerana dari situ, unsur-unsur negatif disekeliling anak mereka dapat dipantau. Ibu bapa boleh juga menggunakan aplikasi Parenting Control supaya dapat menyekat akses bahan yang lucah dan ganas. Undang-undang larangan remaja bawah 18 memasuki kafe internet patutnya diperketatkan bukannya hanya sekadar hiasan larangan di depan pintu cyber cafe. Individu sendiri perlu ada kesedaran bahawa apakah niat mereka semasa menggunakan internet, gunakanlah internet untuk kebaikan ummah bukannya merosakkan diri dan juga masyrakat.


Faridah Hanis Hood
A130471
FSSK
SEM 2 2010/2011

Fatin said...

salam suhaida,

saya bersetuju dengan pendapat yang anda sampaikan. Kemajuan teknologi telah menyebabkan kes pembuangan bayi semakin meningkat. Pengaruh daripada teknologi telah menyebabkan masyarakat terikut-ikut dan mudah terpengaruh dengan maklumat yang disampaikan.

FATIN FARHANA BINTI ZAKARIA
A127817
FSSK/2
TUTORIAL 8-10 MALAM, MAKMAL 3, DEWAN BUDIMAN

Unknown said...

Saya setuju, tetapi ada benda lain lagi yang utama yang mendorong kepada masalah pembuangan bayi. contohnya perasaan ingin mencuba suatu pasangan. Bila dah terlanjur dan didapti diri sudah hamil, tetapi si pasangan tidak lagi bersedia maka jalan penyelesaian adalah membuang bayi tersebut.

HidayaH said...

Penyalahgunaan teknologi adalah lebih tepat bagi permasalahan salah laku seks. Bagi golongan remaja yang tidak dipantau sama ada dari pihak ibu bapa atau guru, mereka terdedah kepada aktiviti menyongsang.

Contohnya, kemudahan teknologi internet yang disediakan oleh ibu bapa telah digunakan pula untuk menonton pornografi. Juga laman-laman sosial telah menjadi minat utama anak-anak muda ini.Tambahan lagi, dorongan negatif rakan-rakan juga menjadi permasalahan utama.

Maka, timbullah fenomena seks terlarang, rogol, percabulan, hamil luar nikah dan seterusnya pembuangan bayi.

Teknologi tidak boleh dipersalahkan. Ia adalah ciptaan manusia di mana kita jugalah yang perlu bertanggungjawab bagi menentukan hala tujuan sesuatu teknologi itu.

Dalam mengatasi masalah ini, saya berpendapat pihak yang menyediakan kemudahan teknologi kepada anak perlu memainkan peranan.

Ilmu, pemantauan, nasihat dan larangan adalah perkara asas membina tembok sahsiah anak-anak.

Pihak sekolah dan kedai akses internet juga perlu mengawal laman-laman web yang negatif. Laman tersebut perlu disekat penggunaannya.

NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN
A130252
FSSK
TAHUN 2/SEM 2 (SESI 2010/2011)
Tutorial: 8-10pm

green kiwi said...

Seks bebas adalah hubungan sosial yang dilakukan diluar ikatan pernikahan, baik suka sama suka atau dalam dunia pelacuran (Antonim,2010). Seks bebas ini adalah akibat kemasukan budaya Barat ke dalam budaya Timur yang bertentangan sama sekali. Seks bebas berisiko besar kepada remaja kerana akan menjurus kepada kehamilan luar nikah. Justeru itu, tindakan susulan yang diambil bagi mengelak malu akan perbuatan seks bebas adalah menggugurkan kandungan. Pengguguran juga adalah satu risiko besar yang akan menjurus kepada kematian.

Jika dilihat dari segi sejarah, perlakuan seks bebas sudah menjadi tradisi dalam masyarakat Jahiliah dulukala. Zaman di mana pemikiran masyarakat Arab pra-Islam yang sangat tenggelam dalam "tanah lumpur" kebodohan dan kegelapan. Dalam masyarakat sering berlaku pertikaian dan pembunuhan, kekejaman dan menanam anak perempuan. Potret sosial mereka begitu gelap, amat primitif dan jauh dari peradaban.

Gejala tidak sihat dan bertentangan dengan budaya Timur ini adalah akibat kecanggihan teknologi. Hal yang demikian, melalui ruang siber atau teknologi internet yang merobohkan batas dunia dan media televisyen yang menyajikan hiburan, informasi serta berita terkini. Di era kehidupan dengan sistem komunikasi global, dengan kemudahan mengakses informasi baik melalui media cetak, TV, internet, serta DVD cetak rompak yang berleluasa dikalangan masyarakat, tentunya memberikan manfaat yang besar kepada kehidupan kita. Namun, perkembangan teknologi yang baik dan penting bagi perkembangan ilmu pengetahuan dan informasi para remaja telah disalahgunakan. Bahkan, rancangan di televisyen serta media-media berbaur porno (termasuk CD dan DVD porno yang mudah diperolehi) akan menjadi semakin dekat dengan para remaja untuk melakukan seks bebas. Selain itu, trend penggunaan telefon bimbit yang berleluasa serta penjualan video lucah di tempat terbuka dan boleh dibeli atau diperolehi oleh sesiapa pun tanpa mengira usia nyata meruncingkan lagi permasalahan ini.

Ditambah pula, perasaan ingin tahu dalam jiwa remaja dan ingin mencuba telah menjuruskan mereka kepada budaya Barat yang diagung-agungkan itu. Kemudian, media-media teknologi yang ingin mengaut keuntungan pada dasarnya telah menaburkan fahaman bahawa perbuatan seks bebas itu dianggap lumrah dan menyenangkan. Hal ini bermula dengan adegan bercium, pergaulan bebas, bertukar-tukar pasangan, dan kemudian penayangan kisah percintaan gay dan lesbian yang tersedia di media-media teknologi ini.

Berleluasanya gejala seks bebas ini adalah kerana kurangnya pegangan agama di kalangan remaja masa kini. Hal ini, ada kalanya tidak terlalu diperhatikan oleh ibubapa yang sibuk dengan kerja dan kegiatan mereka. Jika remaja tidak mendapat pegangan agama yang kukuh nescaya mereka jauh daripada Tuhan dan pastinya tingkah laku mereka menyeleweng.
Di Malaysia sendiri, seks bebas ini telah menjerumus remaja untuk melakukan pembuangan bayi. Kes pembuangan bayi ini semakin berleluasa disebabkan kecanggihan teknologi komunikasi yang berpengaruh dalam perlakuan sesual remaja. Terlalu banyak kes yang berlaku sehingga membimbangkan pelbagai pihak. Limpahan gambar, video dan unsur-unsur prono amat mudah didapati di alam maya dan dengan kecanggihan tekonologi memudahkan lagi bahan-bahan ini dimuat turun ke dalam telefon bimbit dan komputer riba untuk dikongsi serta dibawa kemana sahaja.

CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
A130775
FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN
TAHUN2 SEM 2
SELASA 8-10 MALAM
MAKMAL 3

~Ana~ said...

Assalamualaikum,
Dunia hari ini sedang berhadapan dengan masalah seks global. Malaysia khususnya, gejala seks bebas, pengguguran, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja hari ini tidak lagi menjadi perkara asing dalam masyarakat. Budaya seks bebas yang di bawa dari Barat ini sebenarnya telah menyeret manusia jauh dari peradaban manusia, apatah lagi mematuhi prinsip dan dasar Islam. Langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah seks bebas yang baru menular khususnya dalam kalangan bakal pelajar sekolah mahupun mahasiswa. Dikhuatiri jika tiada langkah yang tegas dan segera diambil, tidak mustahil suatu hari nanti akan wujud kecenderungan menerima hubungan seks sebelum kahwin dalam kalangan mahasiswa. Lantaran itu, tindakan perlu diambil dan semua pihak harus memainkan peranan masing-masing.

NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
A125102
TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

post said...

Assalamualaikum,

Saya setuju dengan isu yang dibangkitkan ini. Memang benar, teknologi kini ada kaitan dengan gejala-gejala sosial yang berlaku kini. Terutama penggunaan laman-laman sosial yang tiada batasan. Zaman ini, penggunaan laman-laman sosial adalah suatu perkara yang menjadi rutin harian kebanyakan rakyat Malaysia terutama remaja tanpa mempunyai batasan dan had. Maka, adalah sangat penting disini agar kita sama-sama saling mengingati untuk tidak terlalu obses dengan teknologi yang berkembang pesat kini.

Roziana Binti Ab Rasit
A123927
FST/3 Sem 2 sesi 2010/2011
Tutorial:Selasa,8 p.m

namr said...

Su,
Saya memang sangat setuju dengan tajuk ini. Disebabkan perkembagan dalam teknologilah kamera-kamera kecil dipasang dalam tandas, bilik-bilik hotel dan lain-lain dan ditayangkan di internet. Cuma dalam isu ini, teknologi tidak boleh dipersalahkan sebab penggunaan yang baik membawa kepada kebaikan, tetapi penggunaan yang tidak baik membawa kepada isu negatif seperti ini. Sepatutnya, untuk setiap teknologi baru, selain daripada kebaikannya, para perekacipta perlu memikirkan masalah yang akan timbul daripada penghasilan teknologi tersebut dan mencari penyelesaiannya. Sekarang ini, penyelesaian hanya dicari SETELAH masalah timbul dan ini adalah tidak bagus.

NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
A126692
FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

DIEBA said...

salam sue,,


Seks bebas merupakan tingkah laku yang didorong oleh hasrat seksual yang ditujukan dalam bentuk tingkah laku. Kajian yang telah dilakukan oleh Anonim, 2010 mendapati bahawa faktor penyebab remaja melakukan seks bebas diantaranya ialah menonton filem porno, pengaruh pergaulan bebas, penyaluran hasrat seksual dan kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa.

Saya setuju dengan kenyataan suhaida bahawa perkembangan teknologi seiring dengan peningkatan kegiatan seksual. Hal ini kerana semakin canggihnya teknologi seperti internet, semakin mudah kita terdedah kepada keburukannya atau sebaliknya. Namun seks bebas ini meningkat kerana kurangya pendidikan dan penghayatan agama dan perkembangan teknologi itu sebagai antara faktor lain menyubang kepada masalah ini.

Terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggunakan teknologi kepada kebaikan atau sebaliknya. Dan ibu bapa kini berdepan dengan cabaran yang amat besar untuk mendidik dan mengawal anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala negatif ini kerana anak-anak pada masa kini amat mudah untuk mengetahui, mencuba dan terpengaruh dengan sesuatu yang baru, hanya di hujung jari iaitu kemudahan teknologi yang semakin dekat dalam kehidupan masa kini.

NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
A127162
PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
TAHUN 2, SEM 2 SESI 2010/2011
AKMAL 3, SELASA, 8-10PM

MariamNormadi said...

saya setuju bahawa perkembangan teknologi akan menyebabkan peningkatan kegiatan seksual. di sini apa yang penting, bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak menjadi semakin berleluasa. para guru, ibubapa seharusnya peka dan memandang serius hal ini.

Md Anuar said...

Pada pendapat saya, perkembangan teknologi tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya dalam isu peningkatan kegiatan seksual. Seks bebas dan pembuangan bayi yang banyak berlaku di Malaysia adalah kerana kurangnya didikan ibubapa dalam hal berkaitan dengan seks kepada anak-anak kerana adat di Malaysia isu seks tidak diperbincangkan secara terbuka. Perkembangan teknologi bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi melibatkan seluruh dunia tetapi isu yang sama tidak timbul di negara-negara lain. Ini kerana ibubapa di negara lain bersikap terbuka dan mampu berbincang dengan anak-anak tentang isu seks. Selain daripada peranan ibu bapa mendidik tentang seks kepada anak-anak, remaja juga perlu bersikap matang dan berfikiran jauh untuk membendung diri dari melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan dan menyusahkan banyak pihak.

MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

MuhdNabilJamil said...

Pada pendapat saya, sememangnya seiring dengan perkembangan teknologi, peningkatan masalah sosial terutama yang berkaitan dengan seksual berlaku. Ini kerana masyarakat masa kini mudah terdedah kepada pelbagai maklumat atau bahan-bahan yang tidak berkaitan dan tidak elok. Banyak iklan yang dipamerkan atas talian internet sering menunjukkan iklan yang tidak elok, lucah atau tidak senonoh. Ini banyak mendedahkan pengguna kepada gejala-gejala yang tidak elok.

Selain itu, seiring dengan kemajuan teknologi juga, bahan-bahan seperti bahan lucah mudah diperolehi walaupun hanya di rumah. Ini kerana terdapat pelbagai akses yang membolehkan pengguna memuat turun bahan-bahan yang tidak elok ini. Maka, perkembangan teknologi boleh dikaitakan dengan peningkatan kegiatan seksual.

MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
A130944
FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

fyza said...

Salam Sue,
Saya amat tertarik dengan isu yang dikupaskan. Jika dilihat sememangnya ramai anak muda menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang langsung tidak memberi manfaat. Alat teknologi seperti internet merupakan salah satu alat yang mudah mendorong serta mempengaruhi diri seseorang terjerumus dalam kancah yang tidak baik. Melalui laman-laman sosial, perhubungan antara mereka tiada batasan ditambah dengan pengawalan yang tidak ketat oleh pihak-pihak tertentu samaada ibu bapa sendiri atau masyarakat amnya. Dengan itu, tidak hairan apabila banyak gejala buruk yang kian terpapar di akhbar dan berita saban hari, seperti masalah jenayah, dan juga masalah pembuangan bayi.

NOORHAFIZA HASNI AB MANAF A127607
FSSK HUMAN DEVELOPMENT
TAHUN 2 2010/2011

SeƱorita Layla Zahara said...

sue,
tidak dinafikan hujah yang awak sampaikan memang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan masalah sosial. tetapi, kita tidak boleh menyalahkan teknologi semata-mata dalam menyelesaikan kes ini. semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. jika dia ingin menggunakan kemudahan tersebut ke arah jalan yang baik, maka baiklah jadinya. sebaliknya juga akan berlaku jika dia menyalahgunakan teknologi tersebut.

pemantauan ibu bapa sangat penting dalam menyelesaikan masalah ini. teknologi itu bagus tetapi harus disekat penggunaannya agar kes-kes yang awak nyatakan di atas tidak terus berleluasa.

sakinah mawaddah said...

Assalamualaikum Suhaida,
Saya sememangnya sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa perkembangan teknologi seiring dengan peningkatan gejala seksual. Melihat akan isu pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi ini membuatkan saya berasa sangat marah. Dimana letaknya nilai kemanusiaan? Sudahlah melakukan zina, dibunuhnya bayi tersebut kemudian di buang pula. Zina itu tidak berlaku dengan secara tiba-tiba. Lazimnya, bayi-bayi yang dibuang itu hasil daripada perhubungan luar nikah. Di dalam al-Quran, jelas firman Allah s.w.t:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan buruk” [Al Isra 17 : 32].

Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut:

Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya. [Riwayat Muslim]

Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada dosa yang lebih besar di sisi Allah SWT setelah syirik dari perbuatan seorang lelaki yang menumpahkan air maninya pada rahim yang tidak halal baginya.”(HR.Imam Abi Dunya)

Sudah jelas bahawa perbuatan tidak bermoral ini amat bertentangan dengan ajaran agama dan nilai moral di negara kita. Amat memalukan apabila Malaysia yang dahulunya dikenali mempunyai rakyat yang mempunyai budi pekerti yang tinggi kini mempunyai masalah yang melibatkan akhlak remaja. Seperti yang kita ketahui kemudahan untuk memuat turun video-video dan gambar-gambar lucah amat mudah. Mereka yang sering melihat gambar-gambar serta video lucah ini dikatakan lebih cenderung untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. Bukan sahaja golongan lelaki malah golongan perempuan juga ada yang gemar menonton perkara yang tidak senonoh tersebut.

Hasil penelitian yang pernah disiarkan didada akhbar pada 26 Feb 2007, sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai “berisiko tinggi” yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks. Penemuan yang amat membimbangkan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Khaidzir Ismail melalui“Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah”. Beliau juga menyokong kenyataan bahawa kes buang bayi yang semakin banyak berpunca daripada menonton bahan lucah.

Oleh itu, ibu bapa seharusnya berperanan memberi penerapan didikan agama yang secukupnya supaya dapat dijadikan sebagai benteng kepada anasir-anasir yang mencabar dalam era globalisasi kini. Selain itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil langkah-langkah supaya dapat menyekat segala unsur-unsur berbau pornografi ini agar tidak berleluasa di negara ini.


SAKINAH BINTI RAMLI
A130757
TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
PSIKOLOGI,FSSK
SELASA 8-10 MALAM
MAKMAL 3

sTory mOrRy said...

sue,
Memang tidak dinafikan teknologi kini merupakan salah satu punca peningkatan masalah sosial tapi semua ini berhantung kepada pengguna itu sendiri,kalau dia guna kearah yang betul kemungkinan masalah sosial mcm ini tidak akan timbul,semua ni bergantung kepada penguna itu sendiri.Seperti yang kita ketahui tujuan utama sebenarnya kemudahan dan perkembangan teknologi yang ada ini untuk memudahkan kehidupan kita seharian contoh handfon untuk memudahkan untuk berkomunikasi,webcam untuk menjimatkan kos berhubungan dengan orang yang jauh tetapi manusia yang salah gunakan kemudahan ini sebenarnya manusia yang tidak bertangungjawab malah bukan saja tidak bertangungjawab tetapi merosakkan diri sendiri.Memang saya akui kemudahan teknologi kini sedikit sebanyak merupakan punca masalah sosial ini.Namun sebagai pengguna kita yang seharusnya mencorakkan bagaimana kemudahan itu digunakan,kearah kebaikan ataupun kearah keburukan.

Post a Comment